Mengangkat Identiti Sarawak: Keris Sakti Bentang Cadangan Koleksi Rasmi Kontinjen SUKMA 2026

KUCHING, SARAWAK — Keris Sakti baru-baru ini membentangkan cadangan koleksi pakaian rasmi dan barangan kontinjen Sarawak kepada Perbadanan Stadium Sarawak sebagai sebahagian daripada proses penilaian bagi persiapan SUKMA XXII Selangor 2026. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Datuk Gerald Rentap Jabu.

Cadangan koleksi mengetengahkan identiti Sarawak melalui inspirasi bendera negeri, dengan gabungan warna merah, kuning dan hitam serta elemen geometri dan garisan dinamik yang mencerminkan semangat, tenaga dan prestasi atletik.

Koleksi yang dicadangkan merangkumi windbreaker, pakaian latihan, pakaian korporat, beg perjalanan, beg harian, topi serta pelbagai barangan sokongan. Setiap item direka dengan menitikberatkan fungsi, keselesaan, ketahanan dan keseragaman bagi kegunaan atlet dan kontinjen sepanjang temasya.

Bagi Keris Sakti, koleksi ini bukan sekadar pakaian dan barangan rasmi, tetapi satu medium untuk mengangkat identiti serta kebanggaan Sarawak ke pentas nasional.

Proses penilaian dan pemilihan akan diteruskan melalui peringkat seterusnya sebelum reka bentuk rasmi kontinjen diumumkan.

One Family, One Mission, Sarawak Champion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *