Kunjungan YB Datuk Dr. Ripin Lamat ke Booth Rasmi Keris Sakti Group sempena Borneo Games 2025

Home > News & Insights > 
Kunjungan YB Datuk Dr. Ripin Lamat ke Booth Rasmi Keris Sakti Group sempena Borneo Games 2025

Kuching, Sarawak — Keris Sakti Group Sdn. Bhd. dengan penuh penghargaan menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Dr. Ripin Lamat, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, ke Booth Official Merchandise Sukan Borneo 2025 baru-baru ini.

Dalam sesi lawatan tersebut, Pengerusi Keris Sakti Group, Tuan Sahrul Izam bin Ahmad, telah memberi taklimat ringkas mengenai peranan syarikat sebagai pengeluar rasmi merchandise Sukan Borneo 2025. Antara koleksi yang diperkenalkan termasuklah pakaian eksklusif, souvenir rasmi, serta rekaan khas yang melambangkan identiti dan semangat temasya sukan terbesar di rantau Borneo.

Sebagai simbol penghargaan, Keris Sakti Group turut menyampaikan Medal Rasmi Sukan Borneo 2025 kepada YB Datuk Dr. Ripin Lamat. Medal tersebut direka dan dihasilkan sepenuhnya oleh pasukan tempatan Keris Sakti Group, menonjolkan kepakaran dan keupayaan syarikat dalam menghasilkan produk premium bertaraf antarabangsa.

Lawatan rasmi ini bukan sahaja mengiktiraf sumbangan Keris Sakti Group dalam industri percetakan dan pembuatan merchandise, malah memperkukuh kedudukan syarikat sebagai rakan strategik utama dalam pembangunan industri sukan, keusahawanan, dan ekonomi kreatif di Sarawak.

Keris Sakti Group akan terus komited dalam memperjuangkan inovasi, kualiti, dan reka bentuk tempatan agar Sukan Borneo 2025 menjadi satu kejayaan yang membanggakan seluruh rakyat Borneo.

From printing to interior
design and construction,
we deliver solutions that
work for you.

Follow us on social media
Sarawak Head Quarters Office Address
Tingkat Bawah, Sublot 35, Jalan Matang Metrocity, Batu 4, 93050 Kuching, Sarawak. Malaysia
Office Operations
Monday to Friday : 8.30 am – 5.30 pm

Saturday : 9.00 am – 1.00 pm
(Open Daily except Sunday & Public Holiday)
Showroom Operations
Monday to Sunday : 8.30 am – 8.00pm
(Open Daily Including Public Holiday)
The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by Keris Sakti Sdn Bhd and while we endeavour to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright © Keris Sakti Group Sdn Bhd (1404878-H). All Rights Reserved