Encik Karonizam Bin Kassim telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Teknologi di Keris Sakti Group Sdn Bhd pada Julai 2018. Penglibatannya dalam bidang rekabentuk grafik kreatif dan teknologi maklumat memberikan asas yang kuat untuk menguruskan dan memimpin dalam inovasi kreatif teknologi di syarikat Keris Sakti Group Sdn Bhd . Memiliki Diploma Pengiklanan di Kolej Chermai pada tahun 2006 seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Reka Bentuk Kreatif di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Mempunyai lebih 12 tahun pengalaman dalam industri kreatif dan teknologi, beliau memfokuskan pembangunan sistem teknologi serta bertanggungjawab untuk memastikan syarikat sentiasa berada di hadapan dalam industri selain meningkatkan produktiviti dan daya saing syarikat.

Di bawah kepimpinan beliau, Keris Sakti Group Sdn Bhd telah berjaya mengimplementasikan beberapa sistem teknologi canggih yang meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti produk. Beliau juga memainkan peranan penting dalam mentransformasi syarikat ke arah digitalisasi, yang telah memperluaskan capaian pasaran dan meningkatkan daya saing syarikat dalam industri percetakan dan rekabentuk grafik kreatif.

IKUTI KAMI