Encik Ade Erviana telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Kualiti Keris Sakti Group Sdn Bhd. Berasal dari Bandung, Indonesia dan memulakan kerjayanya dengan Keris Sakti Group Sdn Bhd sejak Jun 2018. Mempunyai kemahiran dan pengalaman luas dalam jahitan, pengurusan tekstil dan kawalan kualiti. Berpengalaman lebih daripada 18 tahun dalam bidang jahitan dan pengurusan kualiti, khususnya dalam industri percetakan.

Sebagai pegawai dalam pengurusan tertinggi syarikat, beliau bertanggungjawab merancang dan melaksanakan strategi pengurusan kualiti yang menyeluruh bagi memastikan produk-produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan syarikat mencapai standard tertinggi serta mengenalpasti masalah kualiti sesuatu produk.

Kepimpinan beliau membolehkan syarikat mencapai peningkatan yang signifikan dalam kualiti produk dan kepuasan pelanggan. Beliau berjaya memperkenalkan sistem pengurusan kualiti yang lebih efisien dan memperbaiki proses kawalan kualiti, yang membawa kepada pengurangan kos dan peningkatan produktiviti.

IKUTI KAMI