Encik Wan Zulkhairi Bin Wan Hamithan adalah seorang profesional yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan produk, teknologi dan inovasi. Dengan pengalaman selama 13 tahun dalam industri percetakan dan teknologi, beliau telah memimpin pelbagai inisiatif strategik yang membawa kepada penciptaan dan peningkatan produk-produk yang inovatif seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Produk (CPO) bagi syarikat Keris Sakti Group Sdn Bhd. Di sepanjang kerjayanya, beliau telah menunjukkan kebolehan dalam mengenalpasti keperluan pasaran, membangunkan strategi produk serta memimpin pasukan untuk mencapai matlamat perniagaan syarikat melalui penyelidikan pasaran dan mengikuti trend industri terutamanya dalam bidang percetakan.

Di samping itu, beliau dikenali kerana keupayaannya untuk mengekalkan keseimbangan antara keperluan pelanggan dan objektif perniagaan, memastikan produk yang dihasilkan bukan sahaja inovatif tetapi juga memberi keuntungan kepada syarikat. Beliau juga akan memastikan produkproduk yang dikeluarkan syarikat memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.

Dengan gabungan kemahiran teknikal, pengurusan dan kepimpinan, beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan berwawasan dan terus berusaha untuk membawa nama syarikat ke tahap yang lebih tinggi lagi.

IKUTI KAMI