Encik Sahiful Salem Bin Omar dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Keris Sakti Group Sdn Bhd pada tahun 2020. Beliau memiliki Diploma dalam jurusan Reka Bentuk Grafik di Universiti Putra Malaysia- MTDC Technology Centre (UMP-MTDC) dan mempunyai lebih dari 25 tahun pengalaman dalam bidang grafik kreatif dan pengurusan operasi, khususnya dalam industri percetakan dan reka bentuk grafik.

Sebelum menyertai syarikat Keris Sakti Group Sdn Bhd, beliau berjaya menguruskan pelbagai projek besar dan meningkatkan efisiensi operasi di beberapa syarikat terkemuka di Malaysia. Dengan kepakaran dalam pengurusan rantaian bekalan dan inovasi proses beliau dikenali kerana pendekatan strategik beliau yang mampu mengoptimumkan operasi syarikat.

Dengan pengalaman yang luas dan kepimpinan beliau yang ditunjuk, beliau berjaya menyediakan penyelesaian yang inovatif dan meningkatkan produktiviti perniagaan syarikat sekaligus membawa beliau membangunkan strategi syarikat dalam memastikan pengurusan operasi berjalan dengan lancar dengan menggunakan teknologi yang serba moden dan baru.

IKUTI KAMI