Cik Norasyikin Binti Mahmud telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) pada Disember 2017 bersama Keris Sakti Group Sdn Bhd. Beliau mempunyai latar belakang yang kukuh dalam bidang kewangan dan perakaunan, dengan memulakan pengajian beliau dalam Diploma Perakaunan di Inti College Sarawak pada tahun 2000. Setelah itu, beliau mengambil pula jurusan dalam Diploma Pentadbiran Perniagaan dari institusi yang sama pada tahun 2022 seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Hertfordshire, England dengan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Perakaunan.

Dengan lebih dari 21 tahun pengalaman dalam pengurusan kewangan, beliau telah membangunkan kepakaran dalam analisis kewangan, perancangan strategik dan pengurusan risiko. Di samping juga, beliau dikenali kerana kebolehan beliau dalam memimpin pasukan dan melaksanakn inisiatif peningkatan proses kewangan syarikat.

Dengan kepimpinan dan pengalaman beliau, Cik Norasyikin memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan dan pertumbuhan di dalam perkhidmatan yang disediakan syarikat.

IKUTI KAMI