Encik Sahrulilzam Bin Ahmad merupakan pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Keris Sakti Group Sdn Bhd, sebuah syarikat 100% milik bumiputera dan merupakan salah satu syarikat percetakan dan rekabentuk grafik yang semakin mendapat nama di Sarawak khasnya dan umumnya di Malaysia. Beliau juga merupakan pemegang Diploma dalam Jurusan Seni Bina dan Sarjana dalam Pengajian Perniagaan di universiti terkemuka di Malaysia. Dengan lebih 21 tahun pengalaman dalam industri ini serta mempunyai kakitangan yang sangat kreatif dan inovatif, beliau mengamalkan pengurusan yang cekap serta memberi tumpuan kepada jenama perniagaan dan juga menyediakan produk-produk dan perkhidmatan yang memenuhi standard kualiti tertinggi untuk kepuasan setiap pelanggan.

Di bawah kepimpinan beliau, Keris Sakti Group Sdn Bhd mengutamakan inovasi dan kualiti dalam setiap produk yang dihasilkan serta menawarkan perkhidmatan pelanggan yang professional, pantas dan responsif untuk memastikan setiap keperluan pelanggan dipenuhi dengan sebaikbaiknya. Visi beliau adalah untuk menjadikan syarikat ini sebagai peneraju dalam perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat selain memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan memenuhi ekspektasi pelanggan dengan hasil yang berkualiti tinggi.

Dengan kepimpinan dan visi yang jelas, beliau telah menjadikan Keris Sakti Group Sdn Bhd sebagai satu nama yang dihormati dan dipercayai dalam perkhidmatan-perkhidmatan syarikat sediakan serta mengorak langkah untuk meluaskan empayar perniagaan syarikat dengan lebih pesat dan membangun dalam bidang-bidang perniagaan yang lain.

IKUTI KAMI